PENGENALAN AKADEMI PENGAJIAN SHEIKH DAUD AL FATONI
Akademi Pengajian Sheikh Daud Al Fatoni diasaskan pada tahun 2014. Bangunan mula dibina pada tahun 2014 di Kg Pasir Putih, Merchang, Marang, Terengganu. Akademi Pengajian Sheikh Daud Al Fatoni diasaskan oleh dua orang iaitu guru iaitu Tuan Guru Haji Mohd Najib bin Soleh dan Tuan Guru Che Mat bin Che Mut.
Asas pengambilan pelajar akademi adalah untuk ditumpukan kepada pelajar anak yatim dan fakir miskin dan TIADA BAYARAN DIKENAKAN.
Para pelajar di sini mempelajari kitab-kitab lama terutama sekali kitab-kitab hasil dari karangan Sheikh Daud Al Fatoni.
Selain pembelajaran akademi, para pelajar d isini juga disediakan dengan latihan pekerjaan seperti latihan dalam bidang pertanian dan penternakan.
Akademi Pengajian Sheikh Daud Al Fatoni amat memerlukan infaq dan sumbangan ikhlas anda untuk melakukan pembinaan bangunan sekolah baru dan asrama.
Sumbangan anda walaupun sedikit, ia amat bermakna kepada Akademi Pengajian Sheikh Daud Al Fatoni!
MASALAH YANG DIHADAPI SEKARANG
Secara am, masalah utama yang dihadapi oleh Akademi Pengajian Sheikh Daud Al Fatoni buat masa ini ialah kekurangan dana dan ia sudah tentu menjejaskan proses pembinaan bangunan dan pembangunan di sini secara amnya.
Adalah amat menyedihkan sebuah institusi pendidikan yang memberikan fokus kepada anak-anak yatim dan asnaf tidak boleh membangun dan beroperasi seperti sekolah agama lain.
KESAN BESAR JIKA SUMBANGAN TAK DAPAT DIKUTIP DAN MASALAH BERTERUSAN
Akademi Pengajian Sheikh Daud Al Fatoni amat terkesan dengan keadaan sekarang dan jika masalah ini berterusan, ia sudah pasti akan terus menjejaskan operasi dan proses pembelajaran dan pengajaran tahfiz dan secara am kelestarian dan keberadaan kami sebagai institusi tahfiz akan terjejas.
KESAN KESAN BILA SUMBANGANBERJAYA DIKUTIP
Alhamdulillah, besar harapan kami untuk melihat sistem pembelajaran dan pengajaran tahfiz terus beroperasi dan berjalan lancar di Akademi Pengajian Sheikh Daud Al Fatoni hingga melahirkan hafiz yang unggul. Dengan ini, kelestarian dan keberadaan Akademi Pengajian Sheikh Daud Al Fatoni sebagai institusi tahfiz akan dapat berkembang maju. InsyaAllah.
BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU?
SALURKAN SEDEKAH SECARA MANUAL
Kami juga menerima sumbangan mengikut kemampuan tuan/puan melalui sumbangan secara manual:
AKADEMI PENGAJIAN SHEIKH DAUD AL FATONI
563064163983 (MAYBANK)
Allah memuliakan orang yang bersedekah sehingga Nabi SAW telah bersabda hadis ini:
Maksudnya: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” – Riwayat Muslim